Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi melayari blog ini. Bimbingan,Kaunseling dan Kerjaya merupakan khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri, penerimaan diri, membuat perancangan masa depan dan mengurus halangan yang mengusutkan fikiran disamping bimbingan cara penyelasaian masalah yang dihadapi. Diantara matlamat kelab ini ditubuhkan adalah bagi melahirkan pelajar yang mahir dan dinamik, memberi persediaan mental yang mantap, mewujudkan pelajar yang konsisten dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal.
Tujuan kami adalah untuk membantu dan menolong pelajar-pelajar seperti mengenal/memahami kelebihan dan kekurangan diri, mendapat celik akal dalam mengurus permasalahan peribadi, sosial, akademik, emosi, kerjaya dan menyerlahkan minat, bakat/kebolehan dan berupaya membuat keputusan. Paling penting sekali ialah pelajar itu sendiri yang cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bantuan guru bimbingan dan kaunseling.
Usaha mencapai kecemerlangan adalah suatu perjuangan yang perlu dimantapkan dengan motivasi yang tinggi serta kesedaran yang mendalam. Hanya mereka yang mampu menghadapi cabaran dan sanggup berusaha sahaja layak mengecapi kepuasan kejayaan. Sejauhmana kemenangan kita di pentas kecemerlangan bergantung kepada kemantapan motivasi dan kemantapan minda kita sekarang. Anggaplah pertarungan ini adalah suatu perjuangan demi masa depan. Bangkit dan berjuanglah mudah-mudahan peringatan ini menjadikan lamunan kita terhenti dari lena yang panjang untuk bangkit dari persimpangan dilema menuju gerbang titian hidup yang lebih bererti, menjadi insan yang sentiasa menjiwai kecemerlangan melalui usaha yang bukan sekadar sia-sia.