Visi / Misi


RASIONAL AKTIVITI

 KECEMERLANGAN ADALAH MATLAMAT SEKOLAH. OLEH ITU SEMUA PIHAK SAMA ADA PENTADBIR, GURU ATAU PELAJAR PERLU DIRANGSANG UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI KE ARAH MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN TERMASUK DALAM BIDANG KO-KURIKULUM.  DASAR SEKOLAH TERHADAP KEGIATAN KO-KURIKULUM BUKAN SAHAJA UNTUK MERAIH KEMENANGAN DAN MENCIPTA NAMA, MALAH ASPEK PENTING YANG PERLU DITONJOLKAN IALAH PENGHAYATAN SEGALA PENGETAHUAN, KEBOLEHAN DAN KEMAHIRAN YANG DIPEROLEH UNTUK KEPENTINGAN DIRI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT.  SELAIN ITU PENILAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM TURUT MENYUNBANG MARKAH BONUS UNTUK KEMASUKAN KE IPT TEMPATAN

 VISI

 UNTUK MENGEMBANG, MENCUNGKIL BAKAT DAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM PELBAGAI BIDANG SERTA MENGISI MINAT, HOBI ATAU KEGEMARAN PELAJAR SECARA TERANCANG, BERHALATUJU, SISTEMATIK DAN BERMANFAAT UNTUK JANGKA MASA PENDEK DAN JANGKA MASA PANJANG.

MISI


PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN / KELAB MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KEGIATAN KO-KURIKULUM PELAJAR DI PERINGKAT SEKOLAH.  KEGIATAN KO-KURIKULUM DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA DUA KEGIATAN IAITU KEGIATAN DALAMAN (INTRAMURUL) DAN LUARAN (EXTRAMURUL).  MATLAMAT UTAMANYA ADALAH UNTUK MENYUMBANG KE ARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM SEKOLAH BAGI MENCETUSKAN GENERASI PELAJAR YANG BERKETERAMPILAN YANG SEIMBANG DALAM BIANG PENDIDIKAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK SELARAS DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN WAWASAN PENDIDIKAN.


OBJEKTIF

1 MEMASTIKAN PELAJAR MENGANGGOTAI SATU KELAB / PERSATUAN


2 PELAJAR DIKEHENDAKI MENGANGGOTAI DAN MENGIKUTI SEMUA PROGRAM SECARA MENYELURUH DAN BERUPAYA MENGUASAI FAEDAH DAN KEMAHIRAN SEHINGGA LAYAK MENDAPAT SIJIL PENGHARGAAN


3 PELAJAR DIKEHENDAKI MEREALISASI DAN MENGHAYATI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN WAWASAN PENDIDIKAN


4 MENGISI MASA LAPANG SECARA OPTIMUM KEPADA PARA PELAJAR TERUTAMANYA DI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN


5 MEMBANTU MEMBINA DAN MENAIKKAN IMEJ SERTA PRESTIJ SEKOLAH DI PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN




SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR
PERLEMBAGAAN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING STTJ, SEREMBAN
______________________________

1.        Nama persatuan
1.1          Nama persatuan ini ialah  Kelab / Persatuan

2.           OBJEKTIF PERSATUAN
2.1          Menyatupadukan dan menjalin kemesraan antara ahli-ahli persatuan
2.2          Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara
2.3          Mengembang dan meningkatkan kebolehan, bakan dan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dalam gerakkerja yang diceburi
2.4          Perseimbangan perkembangan rohani dan jasmani pelajar
2.5          Pengukuhan interaksi di kalangan pelajar di sekolah
2.6          Pengukuhan dan pengayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah
2.7          Pengisisan masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberikan kegembiraan dan pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.8          Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemai dan pemupukan nilai yang positif, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.
2.9          Peningkatan iklim sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan pelajar
2.10        Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala anatara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

3.           KEAHLIAN PERSATUAN
3.1          Terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar yang sedang belajar dalam tahun semasa.
3.2          Pelajar-pelajar yang berdaftar keahliannya.
3.3          Setiap persatuan dibenarkan mendaftar tidak lebih 60 orang.
3.4          Pelajar yang membayar yuran bulanan/tahunan. Pelajar yang gagal membayar yuran selepas  tiga kali notis, maka keahliannya gugur secara sendirinya.

4.           YURAN AHLI
4.1        Yuran keahlian ialah RM   .00 setahun.



5.           PENTADBIRAN
5.1          Persatuan ini akan dikelolakan oleh Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 5 orang jawatankuasa kecil.
5.2          Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan meakili persatuan dan secara rasmi.
5.3          Setiausaha bertanggungjawab untuk menyimpan semua rekod keahlian, kegiatan persatuan, minit mesyuarat, laporan persatuan, dokumen surat menyurat dan kedatangan dan penglibatan ahli.
5.4          Bendahari akan menyimpan rekod dan keadalian dan memungut yuran daripada ahli dan sentiasa mengemaskinikan akaun semasa.
5.5          Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha apabila diperlukan.
5.6          Ahli-ahli jawatankuasa akan membantu pengerusi mengaturkan kegiatan persatuan.
5.7          Guru penasihat hendaklah dihubungi dan dimaklumi oleh semua AJK berkenaan semua aktiviti persatuan dan urusan pentadbiran persatuan.

6.           PERJUMPAAN / LATIHAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI
6.1          Ahli-ahli persatuan /kelab akan bertemu pada hari Rabu, 1 – 2 kali sebulan. kehadiran ahli adalah wajib.
6.2          AJK  akan bermesyuarat apabila diperlukan.
6.3          Kekerapan perjumpaan / latihan akan diperbanyakkan apabila ada keperluan / pertandingan / projek dan sebagainya.
6.4          Semua aktiviti perjumpaan ini direkodkan kehadiran ahli dan keberkesanan perjumpaan.

7.           MESYUARAT AGUNG
7.1          Mesyuarat agung akan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK baru yang akan bertugas pada awal penggal atau pada tahun berikutnya.

8.           GURU PENASIHAT
8.1          Guru penasihat adalah wakil pengetua. Guru penasihat akan dilantik oleh Pengetua.Segala kegiatan peratuan hendaklah dijalankan mengikut nasihatnya.
8.2          Guru penasihat akan memberi panduan dan akan membuat pemantauan serta bertanggungjawab kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar

9.           LARANGAN
9.1          Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif persatuan tidak boleh dijalankan.
9.2          Persatuan ini tidak boleh dijalankan di luar sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
9.3          Persatuan tidak dibenarkan berhubung terus dengan pihak luar tanpa merujuk atau mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya.
9.4          Kegiatan yang melanggar undang-undang sekolah atau negara tidak boleh dijalankan.
9.5          Penceramah atau fasilitator boleh dijemput untuk membantu menjalankan aktiviti persatuan selepas mendapat kebenaran Pengetua.
9.6          Kegiatan dala bilik khas tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran guru penasihat.
9.7          Ahli-ahli yang ingin mengikuti aktiviti luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

10.        RANCANGAN KEGIATAN
10.1        AJK yag dipilih akan merancang egiatan tahunan/penggal/mingguan dalam masa sebulan ia dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukakan kepada Pengetua atau wakilnya untuk kelulusan  dan dibentangkan kepada semua ahli sebelu dilaksanankan.

11.        PAKAIAN DAN KETERTIBAN
11.1        Semua peraturan sekolah berkuatkuasa bagi semua persatuan/kelab.
11.2        Jika pakaian seragam diluluskan bagi persatuan/kelab, semua ahli wajib memakainya.

12.        KEWAJIBAN AHLI
12.1        Setiap ahli wajib menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan.
12.2        Setiap ahli berhak untuk menyertai aktiviti ini. Sekiranya ahli dilarang disebabkan perkara tertentu, ahli boleh merayu kepada guru penasihat dan Pengetua atau wakilnya.
12.3        Ahli-ahli yang melanggar peraturan persatuan /kelab akan dikenakan tindakan disiplin dan boleh digugurkan keahliannya.



13.        PENILAIAN AHLI
13.1        AJK dengan bimbingan guru penasihat akan menyediakan suatu laporan lengkap tentang segala aktiviti dan pencapaian / kecemerlangan yang diperoleh sepanjang tahun.
13.2        Pihak AJK dan guru penasihat hendaklah menyenaraikan nama ahli yang mencapai kecemerlangan dalam kegiatan persatuan/kelab pada akhir bulan Ogos setiap tahun kepada pihak sekolah untuk dicatatkan di dalam sijil berhenti sekolah dan surat akuan persatuan/kelab. Atau sijil penghargaan akan dikeluarkan kepada ahli yang cemerlang.
13.3        JK yang telah melaksanakan lebih 12 aktiviti melibatkan sekurang-kurangnya 20 orang ahli akan diberi anugerah khas.

14.        HAL-HAL LAIN
14.1        Mana-mana persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua tidak dibenarkan dibubar tanpa kebenaran Pengetua.
14.2        Mana-mana persatuan yang hendaklah memberikan alasan bertulis kepada Pengetua Sekolah menengah Teknik Tuanku Jaafar.

15 Cadangan Aktiviti

15.1        Mesyuarat / Perbincangan
15.2        Ceramah (pengetahuan dan nilai kemanusiaan)
15.3        Sukan untuk mengeratkan persaudaraan.
15.4        Puisi, pantun, sudut pidato, menulis esei, kuiz, pameran, melukis poster/banner.
15.5        Kesihatan dan pendidikan
15.6        Perkhemahan dan gadget
15.7        Berkawad
15.8        Orientering
15.9        Riadah
15.10      Lawatan sambil belajar
15.11      Jamuan
15.12      Bimbingan dan kaunseling
15.13      Kerjaya.
15.14      Lain-lain yang memberi pengetahuan, kerjasama dan pendedahan pengalaman hidup berkomuniti.