Penasihat











 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT 
KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.         Menentu dan menetapkan objektif – objektif persatuan / kelab dan mementukan bahawa objektif-objektif itu tercapai.

2.         Memastikan persatuan / kelab mempunyai perlembagaan

3.       Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan perjalanan persatuan / kelab yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan begerak.

4.       Menentukan bahawa rancangan / aktiviti tahunan dibuat pada awal penggal persekolahan yang pertama.

5.         Mengawasi setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan/ kegiatan itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.

6.         Menyiapkan dan merekod laporan setiap perjumpaan, kegiatan, laporan tahunan, senarai nama ahli, kedatangan ahli dan lain-lain yang berkenaan, seterusnya menyerahkan laporan untuk di semak.

7.        Memastikan ada akaun kewangan sekifranya pengurusan persatuan melibatkan wang.

8.        Menguruskan segalaq urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkkan gerakerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan  lawatan sambil belajar.

9.        Mengadakan mesyuarat agung tahunan setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh pihak sekolah.

10.    Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan dikemaskinikan.

11.     Berkerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah  dengan menyertai kegiatan / pertandingan yang sihat.

12.      Memastikan laporan kegiatan / minit mesyuarat dicatatkan mengikut format yang telah ditetapkan.